Get FREE Shipping and FREE gift from 'Value Pack' Order!

Shop now

Biodata Penulis

Biodata Prof Dr Zabidi Hussin


Dilahirkan pada tahun 1961 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Rendah Sultan Ibrahim, Pasir Mas dan menyambung pengajian di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perubatan di United Kingdom dan memperolehi ijazah Kedoktoran MBBS dari University of Newcastle upon Tyne, England pada tahun 1985, seterusnya kelulusan Diploma of Child Health 1987 dan MRCP(UK) pada tahun 1991. Beliau dianugerahkan Fellowship of Royal College of Child Health of UK (FRCPCH) pada tahun 1996. Beliau menyambung latihan pengkhususan dalam bidang saraf kanak anak dari Sydney, Tokyo dan Baylor College Amerika Syarikat.Beliau mendirikan rumahtangga dengan Prof Dr Kamaliah Mohd Daud pada tahun 1983 dan dikurniakan 7 orang anak, termasuk seorang anak angkat.Beliau mula bertugas di Pusat Pengajian Sains Perubatan pada tahun 1991 dan bersara pada tahun 2016. Sepanjang bertugas di Universiti Sains Malaysia, beliau memegang jawatan Professor Pediatrik, serta pernah menjawat jawatan Dekan Pusat Sains Pengajian dari tahun 1999-2005. Beliau kini bertugas di International Medical Universiti sebagai Pro Naib Canselor dan Profesor Pediatriks.